Photobucket

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 28 Februari 2009

ANTARA APARTEID DAN BUMIPUTERAISME

Adalah amat menyedihkan apabila ada wakil rakyat kita yang juga ketua pembangkang johor, Dr. Boon Cheng Hau menyatakan bahawa amalan membantu golongan bumiputera (bumiputeraisme) menyamai ideologi aparteid. Tahukah beliau apa itu Aparteid dan tahukah beliau apa itu bumiputeraisme yang diterjemahkan melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Aparteid bermaksud penyisihan dalam bahasa Afrikaans. Di Afrika Selatan, aparteid merujuk kepada pemisahan kaum kulit putih dari kaum bukan kulit putih. Dalam dasar Aparteid, kaum bukan kulit putih dianggap sebagai lebih rendah dan diberi layanan kelas kedua dari segi politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan. Semua bentuk diskriminasi perkauman adalah sah dari segi undang-undang dan undang-undang telah disalahgunakan oleh pihak pemerintah kulit putih untuk memastikan kekuasaan atau dominasi mereka ke atas kaum majoriti iaitu kaum kulit hitam.

DEB pula adalah merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini.Tambahan pula dasar ini adalah bertujuan untuk meghapuskan dasar pecah dan perintah yang dibawa oleh penjajah dan mengakibatkan wujudnya Jurang perbezaan ekonomi dan sosial kalangan kaum di Malaysia.

Amat malang di negara kita kerana kita mempunyai pembangkang yang membangkang apa sahaja yang dibuat oleh kerajaan walaupun tindakan kerajaan itu jelas mengutungkan agama dan bangsa kita, perhatikanlah layanan kita terhadap kaum lain adakah ianya menyamai dengan layanan Hendrik Frensch Verwoerd(perdana menteri Afrika Selatan) terhadap kaum kulit hitam di Afrika

Cuba kita merenung kata-kata Dato' Seri Khir Toyo "sebenarnya orang yang membangkang kontrak sosial yang dibuat oleh pemimpin kita ini adalah orang yang tidak faham dengan Piagam Madinah yang di buat di Zaman Rasuluallah S.A.W,ini adalah kerana kontrak sosial menyamai Piagam Madilah'

Ayuh kawan-kawan, sama-samalah kita menilainya...

Khamis, 26 Februari 2009

SAMA-SAMALAH KITA MENJAGA PARTI KITA

KITA semua tahu sejarah UMNO ditubuhkan. Kita juga tahu sejarah Perikatan ditubuhkan. Parti UMNO berjaya memimpin bangsa, mencapai kemerdekaan bagi negara dan bangsa. Parti UMNO telah membuka jalan bagi membolehkan wujudnya muafakat antara UMNO, MCA dan MIC dengan nama Perikatan.

Kita juga kemudiannya melalui Perikatan mencadangkan BN supaya lebih banyak parti komponen diwujudkan. Peranan kita amat besar dan satu perkara yang kita perlu ingat terutama bagi generasi muda iaitu kepimpinan kita dalam muafakat ini. Kepimpinan UMNO dalam Perikatan, kepimpinan UMNO dalam BN adalah berupa satu penghormatan yang diberikan kepada UMNO.

Satu penghormatan amat besar yang diberi dengan rela oleh parti-parti lain kepada kita atas kepercayaan bahawa kita adalah parti yang terbukti sederhana, parti yang terbukti ada tanggungjawab dan kepimpinan. Parti UMNO yang juga menjadi pemimpin bagi Perikatan dulu dan BN sekarang ini, diterima, diakui sebagai pemimpin yang beramanah, bertimbang rasa dan adil serta saksama.

Ini kekuatan kita, kekuatan inilah yang perlu kita jaga. Kekuatan ini ialah rahmat. Kita patut bersyukur dengan rahmat yang ada ini dan perlu kita pelihara. Adalah menjadi perkara yang amat penting bagi kita untuk memahami bahawasanya amanah, tanggungjawab dan adil itu adalah sesuatu yang dikehendaki oleh agama, dituntut oleh agama supaya kita mengamalkannya dalam apa juga kerja terutama sekali dalam perjuangan kita.

Dan sebab itulah kita mesti merasa marah apabila orang ingin menjatuhkan parti kita, menjatuhkan UMNO bererti menjatuhkan orang melayu, kuatnya UMNO bererti kuatnya bangsa kita.

Dan alhamdulillah pada khamis lepas saya berpeluang mengikuti seminar takhrij hadith peringkat kebangsaan yang dirasmikan oleh Dato' Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,bertempat di dewan serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan. Dan saya cukup terpegun kerana dalam ucapan beliau menyatakan bahawa kesungguhan kerajaan kita dalam memperkasakan intitusi berasaskan agama bagi malahirkan Ulama-ulama di tanah air kita. Beliau juga mengumumkan penubuhan Darul Hadith yang dikendalikan dibawah JAKIM.

Saya cukup hairan kenapa dalam keperihatinan kerajaan Barisan Nasional membela nasib dan kebajikan rakyat masih ada lagi suara-suara tertentu yang menentang dan ingin menjatuhkannya......sama-sama lah kita memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Barisan nasional Amnya dan UMNO khasnya

Isnin, 23 Februari 2009

Jumaat, 13 Februari 2009

BELAJARLAH MENERIMA HAKIKAT

KATAKANLAH: Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau beri kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan daripada orang yang Engkau kehendaki. Engkau memuliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan dan sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."

Demikian maksud Surah Ali Imran ayat 26 yang memperingatkan manusia terutamanya mereka yang menjadi pemimpin untuk menyedari bahawa apa pun berlaku di dunia ini adalah atas kehendak-Nya.

Sebagai umat Islam kita harus berpegang teguh kepada Qada dan Qadar Tuhan dan sentiasa bersiap sedia untuk menerima ujian yang diberikan-Nya.

Kita tidak boleh taksub dengan apa yang kita miliki seolah-olah ia akan kekal sehingga hari kiamat.

Begitulah juga dalam arena politik negara sekarang. Kita menyaksikan bagaimana terlalu ramai pemimpin yang seolah-olah terlalu taksub dengan kekuasaan yang mereka miliki. Apabila secara tiba-tiba Allah mencabut kekuasaan berkenaan, mereka menjadi tidak menentu.

Mereka menolak apa sahaja hujah dan keputusan yang tidak menyebelahi mereka dan cuba menggambarkan bahawa apa yang terjadi ke atas mereka sehingga tercabut kekuasaan itu adalah disebabkan oleh "konspirasi manusia".

Mereka terlupa untuk mengingati bahawa al-Quran juga ada menyatakan bahawa apa pun perancangan manusia, ia tidak akan mampu mengatasi perancangan dan ketentuan Allah.

Justeru tidak perlulah mana-mana umat yang mengaku dirinya pemimpin tidak mahu menerima ketentuan Ilahi. Terlalu mengikut perasaan dalam bertindak sehingga mengucar-ngacirkan kehidupan rakyat hanyalah mendatangkan dosa.

Sebaliknya mereka yang terlibat harus menganggap ia sebagai ujian daripada Allah dan yakin bahawa pasti ada hikmah di sebalik semua kejadian itu.

Related Posts with Thumbnails

Demi Masa