Sabtu, 28 Februari 2009

ANTARA APARTEID DAN BUMIPUTERAISME

Adalah amat menyedihkan apabila ada wakil rakyat kita yang juga ketua pembangkang johor, Dr. Boon Cheng Hau menyatakan bahawa amalan membantu golongan bumiputera (bumiputeraisme) menyamai ideologi aparteid. Tahukah beliau apa itu Aparteid dan tahukah beliau apa itu bumiputeraisme yang diterjemahkan melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Aparteid bermaksud penyisihan dalam bahasa Afrikaans. Di Afrika Selatan, aparteid merujuk kepada pemisahan kaum kulit putih dari kaum bukan kulit putih. Dalam dasar Aparteid, kaum bukan kulit putih dianggap sebagai lebih rendah dan diberi layanan kelas kedua dari segi politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan. Semua bentuk diskriminasi perkauman adalah sah dari segi undang-undang dan undang-undang telah disalahgunakan oleh pihak pemerintah kulit putih untuk memastikan kekuasaan atau dominasi mereka ke atas kaum majoriti iaitu kaum kulit hitam.

DEB pula adalah merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini.Tambahan pula dasar ini adalah bertujuan untuk meghapuskan dasar pecah dan perintah yang dibawa oleh penjajah dan mengakibatkan wujudnya Jurang perbezaan ekonomi dan sosial kalangan kaum di Malaysia.

Amat malang di negara kita kerana kita mempunyai pembangkang yang membangkang apa sahaja yang dibuat oleh kerajaan walaupun tindakan kerajaan itu jelas mengutungkan agama dan bangsa kita, perhatikanlah layanan kita terhadap kaum lain adakah ianya menyamai dengan layanan Hendrik Frensch Verwoerd(perdana menteri Afrika Selatan) terhadap kaum kulit hitam di Afrika

Cuba kita merenung kata-kata Dato' Seri Khir Toyo "sebenarnya orang yang membangkang kontrak sosial yang dibuat oleh pemimpin kita ini adalah orang yang tidak faham dengan Piagam Madinah yang di buat di Zaman Rasuluallah S.A.W,ini adalah kerana kontrak sosial menyamai Piagam Madilah'

Ayuh kawan-kawan, sama-samalah kita menilainya...

14 ulasan:

Zyem Ahmedarino berkata...

politic no layan... maleh aq! cuba rr wat citer lucah skit! hahahah

Zyem Ahmedarino berkata...

tp manalah sama DEB dgn aparteid...

1) aparteid -Org kulit putih mmg bkn penduduk asal afrika selatan sedangakan DEB utk penduduk asal Malaysia

2) Aparteid - yang kaya menjadi makin kaya, miskin dibiarkan mampos! tp DEB - Org miskin cuba dibela (mungkin majoriti adalah bumiputera la kot)...

-tp perlaksaan DEB perlu dilakukan dgn telus bkn dgn kroni2... x pro!

rumzan berkata...

ขออภัยเนื่องจากฉันไม่ต้องการพูดคุยเกี่ยวกับการเมืองเพราะฉันควรตรวจสอบออกก่อนที่จะพูดคุยเกี่ยวกับว่า

क्योंकि मैं उस बारे में बात करने से पहले इसे बाहर की जाँच करनी चाहिए माफी चाहता क्योंकि मैं पसंद नहीं आया की राजनीति के बारे में बात करने के लिए

Khairul Rrijal berkata...

rumzan~

knp x minat politik...
sedangkan hidup kita x terlepas dr politik
kehidupan adalah politk
politk adalah kehidupan

hidup tanpa politik ibarat politik tanpa hidup

Khairul Rrijal berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
rumzan berkata...

orang kata politik biarlah rahsia, itu jadi pegangan

Khairul Rrijal berkata...

Zyem Ahmedarino

mmg pun,saya pun kata x sma

ye ke DEB dlaksanakan x telus sekarang ni....boleh bagi contoh

Tanpa Nama berkata...

nak tau juga bagaimana DEB boleh menguntungkan Agama..?
berapa peratus ekuiti orang melayu?
adakah sampai matlamat peratusnya?
apa yg saya nampak kekayaan org melayu hanya berlegar sebelah pihak je..
kenapa perlu ada dkriminasi kpd kerajaan kelantan..sedangkan Kelantan majoriti melayu..
dan yang mengangur sekarang kaum mane ramai..?

Tanpa Nama berkata...

dari segi teori DEB amat cantik..
tapi dari segi pratikal..???
ekuiti org melayu hanya berlegar kepada golongan tertentu..
yang penting kerajaan telah berjaya melahirkan rakyat yang hanya menilai kebendaan sebagai tanda aras.. agama..???
budaya hedonisme semakin menjadi aqidah umat melayu...
hidup UMNO... kerana berjaya melahirkan masyarkat sekular yang bakal bernaung dibawah Islam Liberal
Hidup Umno...
Hidup UMNO...

Khairul Rrijal berkata...

Anonymous

Apakah kerana kita malas berusaha dan gagal mencapai peratusan ekuiti yang terbaik kita nak menyalahkan dasar dan sistem,kenapa dalam segala kelemahan kita hanya pandai melihat dan menunding kepada orang lain dan mengatakan mereka lah puncanya kelemahan itu

Apakah segala dasar yang baik dibuat oleh kerajaan kita mencapai matlamatnya jika kita mempunyai masyarakat yang malas berusaha??matlamat DEB akan dapat tercapai sekiranya kita sendiri yang berusaha mencapainya....

soalan anta.....nak tau juga bagaimana DEB boleh menguntungkan Agama..?
jawapan ana....Orang2 melayu adalah satu bangsa yg unik dari segi agama.Tidak ada satu bangsa lain yg ditafsir oleh undang2 mengikut agama.seseorang itu melayu bukan kerana ethnicity atau rumpun bangsa ,tetapi kerana dianya berbahasa melayu,beradat istiadat melayu dan beragama islam.Bangsa2 lain yg sudah terkenal kerana menganut agama islam tidak mensyaratkan islam untuk menentukan bangsa mereka.adalah jelas daripada ini bahawa antara islam dengan orang melayu hubungan yang tetap dan rapat wujud...DEB yang diperkenalkan untuk mengutungkan orang melayu adalah sebenarnya dapat mengutungkan islam di samping tidak mengabaikan bngsa bukan melayu,kuatnya orang melayu di tanah air kita beerti kuatnya islam...

apakah kita dapat membuat apa2 keputusan yg berkaitan dengan agama kita jika kita lemah?kesimpulanya...islam yg menjadi anutan orang melayu itu akan kuat di tanah air kita jika orang melayu itu sendiri bijak dan kuat

Tanpa Nama berkata...

melayu..melayu..
saya sangat setuju apa yang akhi sebutkan, bagaimana nak mencapai kalau masyarakat malas.. tapi bagaimana nak membangunkan masyarakat sedangkan kerajaan tidak telus..jika akhi tanyalah kontraktor yang ingin memdapat projek mesti menghulur walaupun sedikit imbuhan kepada pihak yang bertanggungjawab baru dapat projek.. malahan semua sudah sedia maklum kalau projek tue bernilai sejuta yang sampai kepada kontaraktor 3/4 juta pun belum tentu..
malahan dari pihak polis pun byk rasuhan yang berleluasa.. nak ambil lesen pun boleh rasuah.. nie baru lihat sudut rasuah belum lagi sudut lain..
kemudian saudara menyatakan kuatnya orang melayu di tanah air kita beerti kuatnya islam..

bukankah sejarah org melayu sendiri.. majunya bangsa melayu kerana Islam sebagaimana apa yang terjadi semasa kerajaan melaka bukannya Islam kuat kerana orang melayu..
akhi mengharap orang melayu kuat.. kuat dari sudut ape.. ekonomi semata-mata.. bukakah Islam itu yang menangkat martabat org melayu..dan skrg apa yang kita lihat melayu x kuat kerana org melayu hanya bermegah dengan syiar sahaja sedangkan penghayatan kemana..??
akhi sendiri tahu tingginya martabat org melayu kerana Islam..so kenapa akhi x memperjuangkan Islam yang secara x lansung akan memartabatkan Melayu..

kita lihat sirah rasulullah s.a.w. kenapa baginda x mengunakan semangat kebangsaan arab untuk mengugat kerajaan sekeliling madinah..?? pada masa tersebut hanya madinah sahaja kerajaan yang dipimpin oleh bangsa arab sedangkan sekelilingnya bangsa lain..klu nabi mengunakan smgt kearaban pada masa itu memudahkan bangsa arab bersatu.. tetapi sebaliknya.. Rasulullah pecaya bahawa dengan Islamlah seluruh umatnya bersatu bukannya faham kebangsaan..
justeru itu marilah kita memperjuangkan Islam sebagai jalan hidup..sudahlah kita menguriskan saudara seIslam yang lain yang bukan berbangsa melayu. dan kesimpulanya bangsa melayu akan kuat jika Islam itu kuat. (maaf ayat berbeli-belit)

Khairul Rrijal berkata...

Anonymous

apa ukuran yg anta letakkan bagi menilai ketelusan sesebuah kerajaan?apakah projek yg dikeluarkan oleh kerajaan dinegeri yg diperintah oleh pihak pembangkang,kontraktornya bersih dari sebarang rasuah??klau kita nak kutip segala kelemahan dari segala pihak dan meletakkanya kepada bahu kerajaan semata2,sebenarnya kita tidak dapat membaiki dan menyumbang apa2 pun...
soalan anta...
akhi sendiri tahu tingginya martabat org melayu kerana Islam..so kenapa akhi x memperjuangkan Islam yang secara x lansung akan memartabatkan Melayu..

jawapan ana..
sebenarnya tujuan ana buat blog ni adalah untuk memperjuangkan islam dan menengtang sebarang unsur khurafat dan tokok tambah dalam agama,cuma mungkin kerana ana terikut2 dengan keadaan politik semasa sehingga artikel ana sedikit lari dari tujuan asal,maaf atas segala kelemahan dan terima kasih diatas teguran anta

adakah anta bersetuju dengan kenyataan Dr Boon cheng Hau yg menyamakan Bumiputeraisme dengan dasar Aparteid?

Tanpa Nama berkata...

melayu xsemestinya islam. islam hanya pada nama..amalannya?

Tanpa Nama berkata...

sedih aku kat ko skrg ni..
sudah2 la merapu tu yo..
sudah2 la jadi syaitan tu..
sekali jadi syaitan betul baru tau..
bawak2 la bertaubat..
jgn main2 dalam perkara haq..
x bleh bwk gurau2..
bagi tau kat ahlil nujumi al-mangkuki tu sekali ye..

Related Posts with Thumbnails

Demi Masa