Photobucket

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 13 Februari 2009

BELAJARLAH MENERIMA HAKIKAT

KATAKANLAH: Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau beri kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan daripada orang yang Engkau kehendaki. Engkau memuliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan dan sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."

Demikian maksud Surah Ali Imran ayat 26 yang memperingatkan manusia terutamanya mereka yang menjadi pemimpin untuk menyedari bahawa apa pun berlaku di dunia ini adalah atas kehendak-Nya.

Sebagai umat Islam kita harus berpegang teguh kepada Qada dan Qadar Tuhan dan sentiasa bersiap sedia untuk menerima ujian yang diberikan-Nya.

Kita tidak boleh taksub dengan apa yang kita miliki seolah-olah ia akan kekal sehingga hari kiamat.

Begitulah juga dalam arena politik negara sekarang. Kita menyaksikan bagaimana terlalu ramai pemimpin yang seolah-olah terlalu taksub dengan kekuasaan yang mereka miliki. Apabila secara tiba-tiba Allah mencabut kekuasaan berkenaan, mereka menjadi tidak menentu.

Mereka menolak apa sahaja hujah dan keputusan yang tidak menyebelahi mereka dan cuba menggambarkan bahawa apa yang terjadi ke atas mereka sehingga tercabut kekuasaan itu adalah disebabkan oleh "konspirasi manusia".

Mereka terlupa untuk mengingati bahawa al-Quran juga ada menyatakan bahawa apa pun perancangan manusia, ia tidak akan mampu mengatasi perancangan dan ketentuan Allah.

Justeru tidak perlulah mana-mana umat yang mengaku dirinya pemimpin tidak mahu menerima ketentuan Ilahi. Terlalu mengikut perasaan dalam bertindak sehingga mengucar-ngacirkan kehidupan rakyat hanyalah mendatangkan dosa.

Sebaliknya mereka yang terlibat harus menganggap ia sebagai ujian daripada Allah dan yakin bahawa pasti ada hikmah di sebalik semua kejadian itu.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

belajar menerima takdir..
saya sangat setuju...
tapi belajar menerima dengan hanya berserah semata-mata..
saya kurang setuju.. jika kita tahu disebalik kegagalan perjuangan haq kerana tipu muslihat yang batil.. adakah perlu berdiam diri...
kenapa para sahabat tidak mendiam diri sahaja lepas menghadapi kegagalan dalam beberapa siri peperangan..
adakah sahabat tidak belajar menerima takdir..????

Khairul Rrijal berkata...

Anonymous

Dalam situasi yg berlaku hari ini siapa yang memperjuangkan haq sebenarnya??

apakah saudara melihat kebenaran itu hanya wujud setelah segala keputusan berpihak kepada kita sahaja?

Tanpa Nama berkata...

siapa yang memperjuangkan haq sebenarnya??

bagi ana apa yang ana nampak yang memperjuang hak ialah golongan yang ingin mengambil Islam secara keseluruhan bukannya semata-mata Islam itu sebagi alat kosmetik semata-mata.. ambil separuh tinggal separuh.. yang dibanggakan hanya syiar semata-mata

apakah saudara melihat kebenaran itu hanya wujud setelah segala keputusan berpihak kepada kita sahaja?

buksn berpihak pada kita tapi pada ajaran Islam itu sendiri

Khairul Rrijal berkata...

Anonymous

siapakah golongan yang mengambil Islam sebagai alat kosmetik semata-mata.. ambil separuh tinggal separuh yang anta maksukkan ni??

apakah orang lain tidak berpihak kepada islam?

Anonymous berkata...

sudah2 la merapu tu yo..
sudah2 la jadi syaitan tu
bawak2 la bertaubat..
bagi tau kat ahlil nujumi al-mangkuki tu sekali..

Related Posts with Thumbnails

Demi Masa