Photobucket

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 26 Februari 2009

SAMA-SAMALAH KITA MENJAGA PARTI KITA

KITA semua tahu sejarah UMNO ditubuhkan. Kita juga tahu sejarah Perikatan ditubuhkan. Parti UMNO berjaya memimpin bangsa, mencapai kemerdekaan bagi negara dan bangsa. Parti UMNO telah membuka jalan bagi membolehkan wujudnya muafakat antara UMNO, MCA dan MIC dengan nama Perikatan.

Kita juga kemudiannya melalui Perikatan mencadangkan BN supaya lebih banyak parti komponen diwujudkan. Peranan kita amat besar dan satu perkara yang kita perlu ingat terutama bagi generasi muda iaitu kepimpinan kita dalam muafakat ini. Kepimpinan UMNO dalam Perikatan, kepimpinan UMNO dalam BN adalah berupa satu penghormatan yang diberikan kepada UMNO.

Satu penghormatan amat besar yang diberi dengan rela oleh parti-parti lain kepada kita atas kepercayaan bahawa kita adalah parti yang terbukti sederhana, parti yang terbukti ada tanggungjawab dan kepimpinan. Parti UMNO yang juga menjadi pemimpin bagi Perikatan dulu dan BN sekarang ini, diterima, diakui sebagai pemimpin yang beramanah, bertimbang rasa dan adil serta saksama.

Ini kekuatan kita, kekuatan inilah yang perlu kita jaga. Kekuatan ini ialah rahmat. Kita patut bersyukur dengan rahmat yang ada ini dan perlu kita pelihara. Adalah menjadi perkara yang amat penting bagi kita untuk memahami bahawasanya amanah, tanggungjawab dan adil itu adalah sesuatu yang dikehendaki oleh agama, dituntut oleh agama supaya kita mengamalkannya dalam apa juga kerja terutama sekali dalam perjuangan kita.

Dan sebab itulah kita mesti merasa marah apabila orang ingin menjatuhkan parti kita, menjatuhkan UMNO bererti menjatuhkan orang melayu, kuatnya UMNO bererti kuatnya bangsa kita.

Dan alhamdulillah pada khamis lepas saya berpeluang mengikuti seminar takhrij hadith peringkat kebangsaan yang dirasmikan oleh Dato' Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,bertempat di dewan serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan. Dan saya cukup terpegun kerana dalam ucapan beliau menyatakan bahawa kesungguhan kerajaan kita dalam memperkasakan intitusi berasaskan agama bagi malahirkan Ulama-ulama di tanah air kita. Beliau juga mengumumkan penubuhan Darul Hadith yang dikendalikan dibawah JAKIM.

Saya cukup hairan kenapa dalam keperihatinan kerajaan Barisan Nasional membela nasib dan kebajikan rakyat masih ada lagi suara-suara tertentu yang menentang dan ingin menjatuhkannya......sama-sama lah kita memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Barisan nasional Amnya dan UMNO khasnya

16 ulasan:

syabab_i09 berkata...

di sini nak berkongsi degan al-mandili, kita akui kerajaan banyak buat kebajikan pada orang melayu,sesuatu perkara yang boleh dipuji..tapi BN berjuangkan melayu,kenapa xberjuang untu islam..apa salah islam?apa salah jika berjuangkan islam bukan ketuanan melayu.melayu,cina,india tidak mulia di sisi Alah,bahkan kita mulia kerana islam,jika melayu sahaja mulia,cina,india?macam mana jika indi,cina msauk islam, adakah dia tidak mulia??bahkan dia dapat agama yang di redhai Allah,lihat dalam al-quran yang berkata,agama disisi Allah hanya ISLAM, BUKAN melayu,cina,india.jangan putarkan belit,menyebabkan lari dari ladasan yang betul,pada hakikatnya kita thy yang itu salah.wa Allahu a'lam-sekadar beringat untuk hamba yang lemah.

Bentara berkata...

AL MANDILI...
ALANGKAH BAIKNYA JIKA SAUDARA MENGINSAFI DIRI SENDIRI...JGN DEK KERANA BANGSA...AGAMA DIHINA
SEBELUMNYA TERLAMBAT ...ADA ORANG BOLEH TERGELINCIR AKIDAH KERANA PERKATAAN..KERANA TULISAN..IKTIKAD YG DIPEGANG..ORANG ISLAM DISESATKAN OLEH ORANG ORANG ISLAM SENDIRI..ILMU AGAMA YG ADA TELAH SALAH DISALAHTAFSIR MENGIKUT FAHAMAN SENDIRI..

Khairul Rrijal berkata...

Assalamualaikum...

Syukran ana ucapkan kepada akhi Khairul dan Thantawi kerana sudi berkongsi pandangan di blog ini.
Khairul..

BN tdak hnya memperjungkan bangsa melayu seperti yg saudara dakwa,BN nma dari penyatuan UMNO,MIC,MCA Gerakan dan bnyak lagi parti2 komponen lain yg terdpat di semenanjung, Sabah dan Sarawak...BN tdak hnya memperjuangkan bngsa mlayu,BN mmperjuangkn Islam dan rakyat mlaysia tdak kra ape etnik skali pun....sila rujuk ucapan tun Hussin onn semasa berucap semperna hari kemerdekaan pada thun 1979.
kita mulia bukan kerana identiti etnik kita,tapi kita mulia kerana kita menegakkan kalimah tauhid,segala perbuatan kita hendaklah selari dengan kehendak islam...
Thantawi..

Mmg btul ada org bleh tergelincir akdah krana prkataan,ttpi ana nk tnya apakah kta tdak boleh mensyukuri nikmat tuhan krana d kurniakan pemimpin yg amanah,jujur,snggup berpenat lelah untuk rkyat dan berjasa krana brusaha kras bgi membolehkan ngara kta bebas dri penjajah...apakah kta tdak bleh mnerima kebaikan yg d buat oleh krajaan kta dan menafikanya semata2 krana kerajaan kita pernah buat silap dan keburukan,ingat lah akhi bhawa tdak semua org sempurna 100 pratus sbbnya kita semua bkan mksum,,sebb itulah kita mesti mmbri skongan kpada krajaan kita krana kekuatan trbna hsil dri permuafakatan masyarakat bknya dri sikap benci menbenci.... ana percaya bhawa untuk mmbaiki ssuatu bknya dgn cara berpolimik ttpi kita menerima ape yng boleh di terima dari pihak lain wlaupun pihak itu bagi kita bnyk mlakukan keburukan
apa maksud kata2 anta 'ILMU AGAMA YG ADA TELAH SALAH DISALAHTAFSIR MENGIKUT FAHAMAN SENDIRI..'? boleh jelaskan?

walau apapun terima kasih kerana memberi pndangan

Khairul Rrijal berkata...

Assalamualaikum...

Syukran ana ucapkan kepada akhi Khairul dan Thantawi kerana sudi berkongsi pandangan di blog ini.
Khairul..

BN tdak hnya memperjungkan bangsa melayu seperti yg saudara dakwa,BN nma dari penyatuan UMNO,MIC,MCA Gerakan dan bnyak lagi parti2 komponen lain yg terdpat di semenanjung, Sabah dan Sarawak...BN tdak hnya memperjuangkan bngsa mlayu,BN mmperjuangkn Islam dan rakyat mlaysia tdak kra ape etnik skali pun....sila rujuk ucapan tun Hussin onn semasa berucap semperna hari kemerdekaan pada thun 1979.
kita mulia bukan kerana identiti etnik kita,tapi kita mulia kerana kita menegakkan kalimah tauhid,segala perbuatan kita hendaklah selari dengan kehendak islam...
Thantawi..

Mmg btul ada org bleh tergelincir akdah krana prkataan,ttpi ana nk tnya apakah kta tdak boleh mensyukuri nikmat tuhan krana d kurniakan pemimpin yg amanah,jujur,snggup berpenat lelah untuk rkyat dan berjasa krana brusaha kras bgi membolehkan ngara kta bebas dri penjajah...apakah kta tdak bleh mnerima kebaikan yg d buat oleh krajaan kta dan menafikanya semata2 krana kerajaan kita pernah buat silap dan keburukan,ingat lah akhi bhawa tdak semua org sempurna 100 pratus sbbnya kita semua bkan mksum,,sebb itulah kita mesti mmbri skongan kpada krajaan kita krana kekuatan trbna hsil dri permuafakatan masyarakat bknya dri sikap benci menbenci.... ana percaya bhawa untuk mmbaiki ssuatu bknya dgn cara berpolimik ttpi kita menerima ape yng boleh di terima dari pihak lain wlaupun pihak itu bagi kita bnyk mlakukan keburukan
apa maksud kata2 anta 'ILMU AGAMA YG ADA TELAH SALAH DISALAHTAFSIR MENGIKUT FAHAMAN SENDIRI..'? boleh jelaskan?

walau apapun terima kasih kerana memberi pndangan

syabab_i09 berkata...

sekadar perkongsian dengan sahabat..

perjuangan kita adalah perjuangan untuk melaksanakan hukum Allah dan perjuangan parti sebelah lain adalah perjuangan hukum nafsu manusia-manusia;hukum yang tidak berdasarkan kepada hukum allah.Sebuah kerajaan yang ada sekarang ini bukan sebuah kerajaan islam.sebuah kerajaan islam ialah kerajaan yang melaksanakan syariat allah seluruhnya dan tidak mengjuzu'-juzu kan,tidak mengambil separuh dan menolak separuh.(petikan daripada tuan guru haji hadi,dalam kitab aqidah dan perjuangan.m/s 89).jika kerajaan betul2 nak kepada islam,mestilah menjalankan keadilan berdasarkan hukum2 allah .
membenarkan program yang berbentuk islamik,ceramah,forum yang berkaitan dengan islam,kenapa dalam masa yang sama kena halang,pada hal kita buat berdasarkan islam.berdasarkan apa yang ditunjuk oleh nabi s.a.w kepada kita semua..memang kita tidak semua sempurna,kita bukan nabi,tapi kita di sarankan untuk mencari yang baik,yang betul,di samping melihat pada apa yang di lakukan,jikalau buat yang baik kita ikut,jika wat yang buruk tidak payah ikut..sekadar perkongsian dalam menambhkan lagi ilmu pengetahuan,ana harap kita nilai dahulu sebelum mengeluarkan apa2..kata2 yang terlajak susah nak patah balik seperti sampan yang mudah nak berundur,jadi harap individu sama2 kita daulat islam yang di cintai..sebagai umat islam kita harus bersatu,musuh2 kita sekarang sedang menyerang kita,dan jangan lagi ditambah dengan perkara yang boleh orng meragui dengan apa yang di bentangkan

Bentara berkata...

sedih dengan masyarakat kita yang membuta tuli dalam pegangan politik kepartian.memang betul kita perlu mensyukuri nikmat yang diberikan.namun jgn dilupa dalam nikmat kadangkala terselit 'bala' yang x terjangka...istidraj'
bukan hendak berbicara tentang soal agama,soal dalil nakli dan aqli...saudara lebih layak.. kita harus menginsafi keberadaan diri di dunia ini...jgn dek kerana 'mulut & bibir kita dimadukan dengan kemanisan janjian pembangunan dan kemodenan' sehingga kita lupa akan pahitnya hakikat yang terpaksa ditelan oleh pejuang2 agama. mulia bangsa kerana tinggi nilai agamanya.
tidaj dinafikan akan sumbangan komponen kerajaan dalam menentukan corak ketuanan melayu...namum dalam masa yang sama ketuanan islam dinafikan..perjuangan yang memisahkan soal agama dan pemerintahan ialah candu kepada ketuanan islam...fahaman sekular ini cukup untuk ditulis oleh sejarah bahawa runtuhnya sistem kekhalifahan islam uthmaniyah..ini nilai dan harga yang dibayar oleh umat islam kini, dek dimadukan oleh pembangunan material dengan mengetepikan islam...

sedih ...moga2 diampukan allah atas segala kelalaian kita..

Syam Ahmedarino berkata...

btul ke ko sokong BN?
yoo = Drama Queen!
-no comment-

LOL!

Khairul Rrijal berkata...

Assalamialaikum

Akhi Khairul..

Boleh saudara bagi contoh kerajaan mna-mana negara pada masa kini yg melaksankan pelaksanaan syariah senuhnya,dalam erti kata undang2 dan hukum hakam?

Ajaran islam ialah mempunyai teras yg pnting dan jelas iaitu keadilan. Pemerintahan yang adil pula bermaksud bukan dalam erti kata undang-undang tetapi soal pembelaan kepada rakyat, khususnya dari segi ekonomi dan kemudahan kehidupan seharian.

Cuba menilai setiap negara-negara Islam, pastinya soal keadilan sosial ini tidak benar-benar dapat ditangani dan diatasi.

Bukan mudah untuk mengatasinya kerana ia memerlukan kepimpinan yang cemerlang. Untuk melahirkan pemimpin-pemimpin yang berkesan pula, ia memerlukan proses atau institusi politik yang begitu demokratik hingga dapat memunculkan pemimpin terbaik melalui ambilan daripada bilangan warganegara yang luas.

soal tdak mmbenarkan aktviti2 yg bercorak islam sebenarya ana pun sependapat degan anta bahawa kita mesti mnntang org yg mghlng usaha dakwah islam, ttpi dlm msa yg sma kita mesti mnjaga adab2 kta sbgai muslim yg msti bersopan dlm ape2 tndkan trmsuklah meyuarakn ketidak puashatian kita terhadap sesuatu perkara,tetapi sayangnya sesetengah dari kita mengabaikan aspek yang amat pengting ini.

Akhi Thantawi..

Apakah saudara beraggapan bahawa kerajaan kita pada hari ini mengenepikan soal ketuanan islam dan megamalkan dasar sekular yang dipolopori oleh mustafa kamal atartuk dalam menjatuhkan kerajaan uthmaniah di turki, apakah saudara faham dengan perlembagaan negara yang jelas membela agama islam dan tidak membenarkan sebarang usaha mana-mana pihak yang ingin menjatuhkannya...

ketegasan kerajaan kita yang tidak membenarkan penggunaan perkataan ALLAH dalam ajaran kristian dan cetakan bible menjadi satu contoh bukti bahawa keperihatinan kerajaan dalam menjaga dan menghidari sebarang usaha mengangu gugat terhadap kesucian agama Islam...tidakkah kita boleh membuka mata dalam menilai perkara ini....

mugkin saudara-saudara ada pendapat yang lain, silakan

syabab_i09 berkata...

memetik kata2 saudara,
ketegasan kerajaan kita yang tidak membenarkan penggunaan perkataan ALLAH dalam ajaran kristian dan cetakan bible menjadi satu contoh bukti bahawa keperihatinan kerajaan dalam menjaga dan menghidari sebarang usaha mengangu gugat terhadap kesucian agama Islam...tidakkah kita boleh membuka mata dalam menilai perkara ini....kita kena pertahan agama suci kita,jadi memag patut la kena bertahan daripada anasir yang boleh mengugat islam..sebagai orang yang berpengetahuan islam dan juga lebih2 belajar agama islam,patut sangat2 pertahan islam..

didalam melakukan program yang bercorakan islam,adkah tidak menjaga adab2 islam,sedangkan pada masa yang sama menganjur program yang berbentuk islam pahtu kenapa x jaga adab2.apa maksud saudara???,sebagai contoh,dalam hendak menganjur program yg berbentuk islamik,kita mengasingkan lelaki dan perempuan,adakah tidak jaga adab lagi,sedangkan program yang tidak bercorak islam,tdk pentingkan adab tersebut,so..sapa yang harus dipersalahkan,ana bercakap atas seorang plajar,bukan atas dasr politit semata2..pemimpin yang cemerlang yang dmaksudkan oleh saudara??pemimpin yang melaksanakan kebajikan,dalam masa yang sama memyokong program yang melampau..

firman Allah taala dalam surah al-imran.."hendaklah ada dikalnagan kamu umat islam yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran,dan mereka itulah beroleh kemenangan.

jidai dalam ayat itu,menyuruh yang baik,dalam masa yang sama mencegah kemungkaran..jika kita hanya buat yang baik,tidak masa yang sama tidak mencegah kemunkaran,bermakna kita tidak termasuk dalam golongan yang disebut di atas.-sekadar perkongsian buat diriku yang lupa..

Tanpa Nama berkata...

ulamak akhir zaman hanya bermegah dengan dakwahnya untuk menunjuk-nujuk syiar Islam tapi syariahnya..??
mcam mane dikatakan mengikut jejak langkah salaf soleh..
pandangan budak sekolah x bleh lawan ngan budak u..

Khairul Rrijal berkata...

Anonymous

Apa yang anda faham sebernya tengtang konsep bersatu teguh bercerai roboh?? tidakakh kita kuat kerana kita bersatu..tidakkah kita boleh saling lengkap melengkapi jika kita bermuafakat
kenapa kita orang melayu tidak kuat dan mundur di negara kita sendiri? kita tidak ada kesepakatan yang jitu diantara kita..kita berbalah dalam bnyak perkara tetapi kita tidak dapat berkejasama walaupun dalam sedikit perkara

Ana ingin mengigatkan saudara bahawa musuh orang melayu adalah orang melayu itu sendiri yang mengamalkan nilai2 yang tidak baik dan menghasut orang lain supaya membenci sesama melayu,dan akhirnya merugikan bangsa melayu itu sendiri.

Tanpa Nama berkata...

ana setuju dgn pendapat mandili.. musuh org melayu ialah yang menghasut supaya bermusuhan sesama org melayu... tapi bagi ana musuh sebenar kita ialah keegoan kita yang tidak mahu kembali kepada al-Quran dan Sunnah.. bukahkan penyelesaian kepada setiap peselisihan ialah kembali kepadaNya...
justeru samalah kita memperjuangkan Islam sebagai cara hidup.. bukanya memperjuangkan faham kebangsaan yang merugikan Islam itu sendiri

Khairul Rrijal berkata...

Anonymous

betul tu,marilah kita sama2 kembali kepada kepada al-Quran dan Sunnah dan jauhilah sebarang usaha menokoh tambah terhadap ajaran islam..

syukran kerana memberi pendapat di blog ini,ana sngat menghargainya...

Tanpa Nama berkata...

salam.
hmm, aku ingtkn yoo ni kuat tegakkan PAS, rupa2nya org kuat BN. aku cukup setuju dgn khairul.kerajaan sekarg mmg amlkn ajaran islam, tp separuh2, bukan sepenuhnya. apa yang dah digariskan islam sudah cukup sempurna, xperlu dipertikaikan lg..

Tanpa Nama berkata...

salam
kalau nak cakap pasal ikhlas benda dalam hati memang tak nampak. tapi bab ikut Quran dan sunnah rasanye bole nampak....kalau pendirian sesuatu parti selari dengan teras agama insya Allah disitulah method ikhlas perjuangan di jalan Allah.Tapi takat pendirian je sesapa bole cakap.So those who claim something must come with clean hands.

Mohd Khairum Zakaria Senik Awang Mahat berkata...

salam...tertarik dgn artikal ni,namun blo dikatakan UMNO terkedu hati,marah membangkit,,knp?hairan blo yg beljar agama msh terjrms dek kecetekan pemahaman..mgkn jgk krg pengetahuan.mgkn saudara lupo asal perjuangan rasulullh..yg bkn berasaskam qaumiyah,namun islam yg jd tonggak pemerintahan Rasulullah.anda blh rujuk buku karangan DR. Nasih Ulwan..yang bertajuk "qaumiyah fi mizani al-islam"..saudara,mgkn nta kata UMNO memperjuangkan islam dan bangsa melayu,tapi sejauh mn islam di perjuangkan di tangan UMNO?adakah nta rasa dengan hnya membina msjid yang gah,JAQAF dan sebainya sdh cukup untk mendakwa UMNO memperjuangkan islam..tanpa mendaulatkan hukum2 islam..BUTAKAN mata nta,atau mati hati nta yg telah digelapkan dengan habuan dunia? tak tgkkah pemimpin yang perintah UMNO...sudah 52thn memerintah negara,tapi sejauh manakah masyaraka memahami islam..mengamalkan islam?mana hududnya?qisasnya?ta;zirnya?yang blm dicita-citakan oleh pimpinan UMNO untk didaulatkan di negara malaysia...atau mgkin memang tak nak..
akhirnya,bertaubatlah hai kawan..sblm ajal menjelang tiba,,kmbalilah kpd islam yg syumul..islam yg HAQ..seperti mana yang Rasulullah perjuangkan 1400thn dlu..

Related Posts with Thumbnails

Demi Masa